feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Pengalaman = Guru Terbaik

Label:

'Pengalaman adalah guru terbaik'.Rasanya rata2 semua orang pun setuju dengan ungkapan nie kan.Dalam hidup nie kita selalu berdepan dengan pelbagai masalah dan dugaan..bak kata P.Ramlee dan kawan2nya dalam filem Bujang Lapok,"COBAAN".

Walaupun gelagat mereka pada saat itu nampak melucukan dan sememangnya pun lucu tapi apa yang saya suka adalah sikap mereka.Tidak terus panik malahan tetap cool.Sebenarnya inilah sikap yang perlu ada dalam diri kita semua apabila berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin berat dan memberi tekanan pada kita.

Sebenarnya apa yang sedang kita lalui itu di masa hadapan nanti akan menjadi panduan berguna kepada kita andai kata kita berdepan sekali lagi dengan perkara yang sedemikian rupa.

Kerana itu kita sentiasa dipujuk dengan kata-kata 'tak mengapa,pasti ada hikmah di sebaliknya'..Memang benar cuma yang membezakan samada kita nampak atau tidak hikmah yang terselit di sebalik yang berlaku itu.

Bagi yang bijak,ia akan dapat mencari hikmah tersebut dan menjadikannya sebagai guru yang akan membimbingnya di masa hadapan.Sesuai dengan ungkapan 'Pengalaman adalah guru terbaik'.



0 comments:

Catat Ulasan